Bahagian ini mempunyai 40 Soalan Objektif. Jawab semua soalan di dalam kertas jawapan yang
telah disediakan.
1. Teknologi merupakan komponen Teknologi Maklumat yang terpenting. Teknologi
merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan _______________ yang digunakan dalam
pengurusan maklumat.
A. Internet
B. Pengguna
C. Sistem Telekomunikasi
D. Unit Pemprosesan Pusat
2. Berikut operasi utama yang dilaksanakan komputer kecuali
A. Logik
B. Storan
C. Mencetak
D. Pemprosesan
3. Petikan di bawah merujuk kepada
Unit Aritmetik dan Logik (ALU), ialah alat yang melaksanakan operasi asas, seperti operasi
aritmetik (tambah, tolak, darab, dan sebagainya), operasi logik (AND, OR, NOT) dan
membandingkan operasi.
A. Output
B. Kalkulator
C. Cakera Keras
D. Pemprosesan
4. Kegunaan roda pada tetikus berfungsi untuk
A. Mengecilkan saiz tetingkap skrin windows
B. Untuk mengawal margins dan tetingkap Windows
C. Mengerakkan tetingkap windows ke atas dan ke bawah
D. Digunakan untuk menyembunyikan paparan skrin dari komputer
1
,5. Sambungan perkakasan komputer dalam Rajah 1 di bawah berjenis
Rajah 1
A. PS/2
B. Serial
C. Parallel
D. Ethernet
6. Perisian Sistem Pengoperasian memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
komputer kerana
A. Membolehkan komputer berfungsi dengan lebih mudah, pantas dan menjimatkan
masa.
B. Mengelakkan komputer terlebih muatan dan dapat menyimpan dengan ruang
storan yang lebih besar.
C. Mengenalpasti keperluan komputer dari segi spesifikasi peralatan dan perisian
yang digunakan.
D. Ia menghubungkan perisian aplikasi dengan komputer dan membantu
menguruskan sumber dalaman dan luaran.
7. Tiga jenis toolbar yang selalu digunakan di dalam Ms Word 2003 ialah Standard Toolbar,
dan Drawing Toolbar.
A. Picture Toolbar
B. Word Art Toolbar
C. Formatting Toolbar
D. Mail Merge Toolbar
2
, 8. Kedudukan Toolbar pada Microsoft Word boleh diubah suai dengan menggunakan
tetikus iaitu dengan membawa kursor pada penghujung kiri Toolbar yang berkenaan
sehingga kursor berubah bentuk kepada
A.
B.
C.
D.
9. Petikan kenyataan di bawah merujuk kepada
“ Pilihan menu ini mengandungi semua arahan yang berkaitan dengan proses
pengubahsuaian dokumen yang dibina seperti arahan menyalin dan menampal bahagian
teks yang pada fail, mencari perkataan yang tertentu dalam fail dan sebagainya.”
A. Pilihan Menu File
B. Pilihan Menu Edit
C. Pilihan Menu View
D. Pilihan Menu Insert
10. Kegunaan kekunci Print Screen pada papan kekunci bertujuan untuk
A. Memadamkan aksara
B. Untuk mematikan komputer
C. Merakam imej pada skrin komputer
D. Mengelakkan komputer tergantung (hang)
11. Untuk memilih keseluruhan perenggan dengan pantas menggunakan tetikus. Kaedah
yang betul ialah
A. Klik dan Seret
B. Klik Kiri Sekali
C. Klik Kiri Dua Kali
D. Klik Kiri Tiga Kali
3